nuffnang ads

Saturday, 18 October 2014

Feeling syok

 
Memalam cengini tetiba feeling kesyahduan pulak.. hujan!! sejuknya.. tetiba teringat masa aku kat Cameron baru-baru nie.. cewaaahhh!!! penat keja hilang jek macam tu.. release tension kat sana even xdak laut..yang bestnye, aku leh p lavender Cameron..aku suka!!! caaannnttteekkknnnnyyyyaaaaaa..tempat tu teruih masuk kat dalam hati aku. yela,, aku memang suka tempat hat nyaman mcm tu..



 
 
Hati,, nyamanlah hang kat sana kan.. bukan senang nak dapat p tambah2 dah terikat dengan keja.. muda-muda dah keja cari rezeki.. orang yang hat sebaya dengan aku masih lagi boleh dok gila-gila,, lepak dengan kawan bila malam n keluaq makan sekali. tapi aku? inilah hidup aku sekarang.. tak sama lagi macam dulu.. seriously aku habaq,, aku tak kesah pun semua tu, yang penting aku kena cari masa aku mcm sekarang nie..                         
 
 
 
 
 
 
Cantikkan? inilah LAVENDERSEPI aku.. LAVENDER yang tersangat cantik dimata..
"Allahumma..Ya Allah!! andai aku dapat ketenangan untuk melihat semua ini,, berilah ketenangan untuk aku dalam menghadapi segalanya dalam hidup seharian.. pemudahkanlah segala urusan aku semasa bekerja.. redhakanlah segala rezeki yang telah engkau beri padaku. aku percaya dengan rezekimu dan rezeki yang tersangat luas ini..Terima kasih kerana masih lagi memberi peluang untukku merasa manisnya hidup setelah engkau beri ujian padaku.."
 
 
Okey! jum tidoq jum.. esok keja.. masih perlukan tenaga untuk dikerah.. selamat malam krroohhh krrrrooohh dulu...zzZZzz
 
                                                                                                                    
Terima Kasih Allah
                                                                                    
 
 

Monday, 8 September 2014

Pulapol KUALA LUMPUR



Sebenarnya aku sendiri tak tau nak mengupdate apa.Cuma sekarang aku sedang menunggu masa dan menghitung hari-hari aku yang bakal aku tinggalkan.. aku akan meningalkan mereka buat kali kedua..dan kali ini aku pasti akan bawa pulang kejayaan yang mak ayah aku inginkan..aku taknak lagi buat mereka sedih..aku taknak gagal lagi,,biarlah aku Berjaya kali ini Ya Allah…biarlah aku keluar dari tempat ini,yang menyimpan segala kenangan selama 5tahun..aku Cuma nak keluar dah ubahkan segalanya

Buat keluarga:aku akan buktikan yang aku mampu untuk banggakan keluarga nie..aku akan bangkit dan terus melangkah pergi walaupun saat dulu kaki ini terlalu longlai untuk melangkah,,tapi mungkin dengan azam aku,,insyaallah semua itu akan mudah..Cuma yang aku pinta adalah satu “DOAKAN KEJAYAAN KAKAK”


Buat sahabat:terima kasih kerana selalu menyokong diri ini dan selalu beri kan ceramah yang sememangnya terlalu bernas..terima kasih sebab tetap ada dengan aku walau kita jauh,,terima kasih sebab jadi tempat aku untuk meluahkan perasaan,,layan karenah aku,,dengar aku bebel dan cakap tak ikot topic..

Buat kawan:kamu memang kawan terbaik..insyaalah suatu hari nanti aku pasti akan jumpa kawan-kawan yang baru.. mungkin hampa pun boleh jadi sahabat aku..sahabat yang tak kira waktu susah atau senang..dan apa yang penting,,mesti boleh share segalanya.


Dan tanggal 28/6/2014 akhirnya dengan rasmi aku telah Berjaya melangkah keluar.Aku Berjaya buktikan pada orang ramai yang aku mampu melakukan ape je selama 6 bulan aku berada disana. Aku bahagia apabila dapat gembirakan hati mak ayah aku selepas aku gagal untuk mendapat tentera darat.


Aku buat hanya untuk mereka. Alhamdulillah. Bekerjalah aku selepas ini dengan dedikasi. Terima kasih buat jL aku yang selalu bagi kata2 semangat masa aku PULAPOL. Ada tindakbalas m16 main dengan senjata yang paling syok. Berlari julang senjata fast strike 3 ound padang kawad. pergghh!! allah je yang tau. Tapi semuanya best. Semua terbaik. Dan yang penting sekali Daripada larian 2.4km aku asyik dapat 21 minit n still takleh outing,, berkat jL aku yang bagi support akhirnya larian aku dapat 14 minit. TQ cik RASIT NGAHADI. 
TQ jugak buat SM RAHIMI  yang selalu amek roll call pagi kat padang kawad sambil bg nasihat sambil buat lawak dalam serius. Ini amat menyeronokkan. S.I SALIM yang jugak ada tiap pagi temankan SM dan yang hebatnya S.I Berjaya buat seorang diri dari atas pentas dengan bagi arahan untuk membentuk formasi kami seramai 1473 pelatih semasa raptai tamat perbarisan .


Semuanya sekarang tinggal kenangan yang terlalu manis.aku bangun dari kegagalan termasuk semua aspek kehidupan. Aku belajar kenal siapa aku yang sebenar. Dan harini aku Berjaya buktikan yang sha sebenarnya boleh! Dan memang benarnya juga masa lalu itu adalah pengajaran yang paling bernilai dan sekarang masa depan aku sedang menunggu untuk dinilai.




Terima Kasih Allah

http://lavendersepi.blogspot.com/

Saturday, 30 August 2014

Cita-cita dan airmata


Cita-cita dan airmata

Tidak dapat apa yang kita inginkan itulah yang menjadi antara satu faktor kita bersedih tak kira perempuan atau lelaki.Tapi,apabila mula fikir balik kenapa harus bersedih?Kenapa harus membazirkan airmata yang sememangnya mahal untuk menangisi sesuatu yang bukan lagi menjadi milik kita? (Terasa formal pulak kan,, okay,change to bahasa rojak balik,,hehe)

Chill la.. hahaha ..Tengok makcik nie cool je..hihihi.. common ler.. Aku pun pernah jugak rase sedih tu tapi aku abaikan jer walaupun aku rasa baru dapat cerita sedih..sebab ap? Takde guna aku nak ingat semua itu dan aku tahu semua tu takkan dapat patah balik.kita menangis meraung-raung sedangkan depa kat sana happy go lucky! Plisss la..lap mata tu..jadi aku lalui hari-hari aku tanpa bantuan dari seorang yang bernama encik lelaki! Wahai encik lelaki semua,,hargai seorang cik wanita dihadapan anda…jangan biarkan orang ketiga musnahkan hubungan korang.. aku bercerita pasal pengalaman..huhuhu..manusia hanya paham perasaan manusia..bukan susah pun kan..haaaa!! so,,jangan ler mainkan perasaan perempuan yang agak lembut dan perempuan pun janganlah buat perkara yang sama..itu amat menyakitkan!!! Hamek kau!!

Tapi kan,,kalau aku lah,,aku nak habiskan masa-masa yang aku ada dengan single..itu baru syiok..hahaha.. bukan sebab aku perlu bersocial telebih,,sebab aku tahu hidup hanya sekali dan masa single nilah korang boleh buat ap2 pun..waktu nielah korang boleh cari duit sendiri n bagi kat mak ayah even sikit pun..macam aku buat dulu habis spm,,aku Cuma keje kilang je..gaji aku 800 sebulan and aku bagi kat mak aku 100,,aku tahu sikit tapi itu dah cukup besar untuk mak ayah aku..janji aku dapat kurangkan belanja rumah tambah2 time tengah bulan..tapi bile dah sambung belajar,,aku tak bagi lah..aku pun nak jugak guna duit..seminggu 100 pulak mak aku bagi..sebulan hamper 400..banyakkan??.. hahah..bagi aku banyak giler..kekadang aku tak guna duit tu..kau ingat senang ke nak cari duit?? Memang tak lah..duit tu bukan nya turun dari langit yang senang kau mintak..aku akan bawak duit tu ke bulan depan..tapi kekadang jela..aku bukan orang senang wei walaupun ayah aku pencen askar..memang time belajar dulu aku jarang jugak simpan duit tapi aku tahu berjimat(bukan kedekut yer)

Lepas tu,,aku stop dari study sebab aku nak keje..tapi itu yang menyebabkan aku sedih..aku tak dapat apa yang aku nak sedangkan aku rasa aku perlu bantu keluarga aku…ahh!! Apa aku heran..aku yang gatai tangan nak behenti..apa la kan.. kepala dah ting tong! Hehehe.. aku tak pernah give up dengan apa yang aku buat sebab aku yakin dengan rezeki.. aku kena kuat semangatlah dan perlu berani nak behadapan dengan orang sekeliling..aku dah tak kesah ap yang orang nak kata sebab aku dah balik..

Dalam masa yang sama,,nasib ler ad cik ani ajak aku  tolong die kat kedai makan.. mula2 memang aku malu la.. tp,,lepas tu memang kurang sikitlah malu tu.. cik ani tu baik sangat sampai aku naik segan dengan die..hahaha..memang tak boleh lupalah semua tu.. cik ani tu tak kedekut ilmu pun nak ngajar aku main masak-masak..sekarang aku dah terer la sikit nak masak nie walau kat rumah.. macam biasalah,,kalau cukup bulan jer aku dapat ler duit..abg ngah bagi kat aku dalam 400..jadi 100 aku akan bagi kat mak aku lagi.. puas sangat-sangat! Itu upah mak aku dengar bebel aku kalau aku sakit pinggang..

cukup 3bulan aku berhenti.bukan apa,,aku nak teruskan pula dengan cita-cita aku..Cuma sekarang aku perlu get ready dengan semua tu..aku kena siapkan diri aku..banyak sebab aku berhenti belajar..aku nak ubah nasib keluarga aku dulu,,dan kalau ad rezeki aku ler,,aku pasti akan sambung semula study aku yang tergendala kalau boleh sampai degree ko nakk!!! (semangat aku kan) insyaallah cita-cita aku untuk menjadi salah sorang penjawat awam akan dimakbulkan Allah S.W.T .. so,,aku adalah aku,,aku bangun dari kegagalan lama bukan setakat cintan cintun nie tapi dalam semua aspek kehidupan..

Opss!! N last,, aku pecaya dengan cinta..suatu hari nanti aku akan rasainya semula..aku akan tunggu ia nya datang semula nanti..thanks for those who come to my life now and and make me laugh again even we just be a friends. (ayat omputeh teraboq) hahaha..jadi,,korang janganlah nak bersedih untuk sesuatu yang tak pasti kerana Allah dah sediakan sesuatu yang terbaik lagi..percayalah..

Terima Kasih Allah

Terobek semula 8/12/2013

Ahad