Assalamualaikum. selamat sejahtera
Sanah helwah buat diri sendiri. Sanah helwah buat adik lelaki tercinta dan selamat hari ibu buat mak tersayang. Hashtag tiga dalam satu. Terima kasih mak sebab beranakkan kakak yang degil dan keras kepala. Suka buat hal sendiri. Terima kasih untuk semuanyalah. Kikikikiki.
Terima kasih sentiasa tolong kakak walaupun kakak tengah susah. Nak menitik ayaq mata la pulak. huhuhu. Allah. Syahdu ler pulak dok menaip hanya setahun sekali nie. Terima kasih Allah sebab selalu dengaq doa hambamu ini. Sentiasa permudahkan urusan keluar masuk duit. Emoticon teriak sat. Hhhuuuuaaaaaaaaaaaaaaaaaa.
Takkan ada siapa yang tahu kesusahan yang dialami oleh kakak. Biar keluarga kita yang tahu. Rezeki kita biar Allah yang tentukan. Tapi nak seronokkan. Allah sentiasa murahkan rezeki itu. Tak pernah dia buat kakak susah hati. Terima kasih Allah untuk sekali lagi.
Dan itulah dinamakan dengan kuasa doa. Banyakkan berdoa, usaha, tak mintak doa banyak, doa sikit pun Allah dah dengaq. Kan kan kan. Doa yang diangkat dan diredhai oleh seorang insan yang bernama mak. Mak yang mana memahami keadaan anak itu walau dia dah bekerja. LOVE MAK
Semakin menghampiri habisnya waktu kerja. Pulang? Mungkin terus pulang ke kampung. Rindu mak.
SELAMAT MALAM DUNIA
Terima Kasih Allah
Lavender Sepi
nuffnang ads
Saturday, 14 May 2016
Monday, 4 May 2015
RESIPI : Masak Lemak Cili api
Assalamualaikum. salam sejahtera untuk yang bukan islam
Rasanya, dah lama giler tak hupdate kat sini. disebabkan hari nie aku keje lewat petang, aku amek kesempatan nak hupdate lah sikit. busy dengan kerja sangat-sangat-sangat. harini aku nak bagi resipi yang mana bagi aku, terlalu simple. so! atas request seseorang yang nak makan, aku belajar masak makanan nie. belajar masak tak salah kan. untuk ikat perut jugak nanti.hihiihihi
simple n mudah jer! tak payah nak pening kepala nak masak apa. bahan semua nie wajib ada dirumah.. jeng.. jeng.. jeng..
"MASAK LEMAK CILI API"
BAHAN-BAHAN:
BAHAN BLEND:
CARA MASAK YANG PALING SIMPLE.. NYUM-NYUM-NYUM
Selamat mencuba! gambar takdan nak ambil. harap dapat membantu.
Terima Kasih Allah
Rasanya, dah lama giler tak hupdate kat sini. disebabkan hari nie aku keje lewat petang, aku amek kesempatan nak hupdate lah sikit. busy dengan kerja sangat-sangat-sangat. harini aku nak bagi resipi yang mana bagi aku, terlalu simple. so! atas request seseorang yang nak makan, aku belajar masak makanan nie. belajar masak tak salah kan. untuk ikat perut jugak nanti.hihiihihi
simple n mudah jer! tak payah nak pening kepala nak masak apa. bahan semua nie wajib ada dirumah.. jeng.. jeng.. jeng..
"MASAK LEMAK CILI API"
BAHAN-BAHAN:
- CILI PADI ( DALAM SEGENGGAM )
- AYAM 1/2 ( SETENGAH EKOR )
- BAWANG MERAH
- BAWANG PUTIH
- ASAM KEPING ( 1 KEPING JER )
- SERAI
- GARAM
- HALIA ( AGAK-AGAK JER )
- MINYAK MASAK
- SERBUK KUNYIT
BAHAN BLEND:
- CILI PADI
- BAWANG MERAH
- BAWANG PUTIH
- HALIA
CARA MASAK YANG PALING SIMPLE.. NYUM-NYUM-NYUM
- MASUKKAN MINYAK
- MASUKKAN SERAI YANG DAH TITIK ( BIAR SAMPAI KELUAR BAU WANGI SERAI )
- PASTU, MASUKKAN BAHAN YANG DI BLENDER TADI.
- TOLONG MASUKKAN SEKALI ASAM KEPING YER. BIAR SAMPAI MENGELEGAK
- DAH MENGELEGAK TU, MASUK SERBUK KUNYIT SIKIT BAGI NAMPAK KUNING. BARU CANTIK.
- DAN MASUK AIR SUKU CAWAN JE. SEBAB NAK BAGI DIA LIKAT THEN BOLEHLAH LETAK GARAM. ( WAKTU NIE DAH RASA MACAM TAKYAH LETAK SANTAN PUN TAKPE. SEBAB DAH SEDAP )
- MASUKKAN AYAM. BAGI DIA MASAK SEPENUHNYA.
- PASTU, BILA AYAM DAH MASAK, BARU LETAKKAN SANTAN DAN BIARKAN BEBERAPA MINIT.
- SIAP SEPENUHNYA!
Selamat mencuba! gambar takdan nak ambil. harap dapat membantu.
Terima Kasih Allah
Saturday, 18 October 2014
Feeling syok
Memalam cengini tetiba feeling kesyahduan pulak.. hujan!! sejuknya.. tetiba teringat masa aku kat Cameron baru-baru nie.. cewaaahhh!!! penat keja hilang jek macam tu.. release tension kat sana even xdak laut..yang bestnye, aku leh p lavender Cameron..aku suka!!! caaannnttteekkknnnnyyyyaaaaaa..tempat tu teruih masuk kat dalam hati aku. yela,, aku memang suka tempat hat nyaman mcm tu..
Hati,, nyamanlah hang kat sana kan.. bukan senang nak dapat p tambah2 dah terikat dengan keja.. muda-muda dah keja cari rezeki.. orang yang hat sebaya dengan aku masih lagi boleh dok gila-gila,, lepak dengan kawan bila malam n keluaq makan sekali. tapi aku? inilah hidup aku sekarang.. tak sama lagi macam dulu.. seriously aku habaq,, aku tak kesah pun semua tu, yang penting aku kena cari masa aku mcm sekarang nie..
Cantikkan? inilah LAVENDERSEPI aku.. LAVENDER yang tersangat cantik dimata..
"Allahumma..Ya Allah!! andai aku dapat ketenangan untuk melihat semua ini,, berilah ketenangan untuk aku dalam menghadapi segalanya dalam hidup seharian.. pemudahkanlah segala urusan aku semasa bekerja.. redhakanlah segala rezeki yang telah engkau beri padaku. aku percaya dengan rezekimu dan rezeki yang tersangat luas ini..Terima kasih kerana masih lagi memberi peluang untukku merasa manisnya hidup setelah engkau beri ujian padaku.."
Okey! jum tidoq jum.. esok keja.. masih perlukan tenaga untuk dikerah.. selamat malam krroohhh krrrrooohh dulu...zzZZzz
Terima Kasih Allah
Monday, 8 September 2014
Pulapol KUALA LUMPUR
Sebenarnya aku sendiri tak tau nak
mengupdate apa.Cuma sekarang aku sedang menunggu masa dan menghitung hari-hari
aku yang bakal aku tinggalkan.. aku akan meningalkan mereka buat kali
kedua..dan kali ini aku pasti akan bawa pulang kejayaan yang mak ayah aku
inginkan..aku taknak lagi buat mereka sedih..aku taknak gagal lagi,,biarlah aku
Berjaya kali ini Ya Allah…biarlah aku keluar dari tempat ini,yang menyimpan
segala kenangan selama 5tahun..aku Cuma nak keluar dah ubahkan segalanya
Buat keluarga:aku akan buktikan yang
aku mampu untuk banggakan keluarga nie..aku akan bangkit dan terus melangkah
pergi walaupun saat dulu kaki ini terlalu longlai untuk melangkah,,tapi mungkin
dengan azam aku,,insyaallah semua itu akan mudah..Cuma yang aku pinta adalah
satu “DOAKAN KEJAYAAN KAKAK”
Buat sahabat:terima kasih kerana
selalu menyokong diri ini dan selalu beri kan ceramah yang sememangnya terlalu
bernas..terima kasih sebab tetap ada dengan aku walau kita jauh,,terima kasih
sebab jadi tempat aku untuk meluahkan perasaan,,layan karenah aku,,dengar aku
bebel dan cakap tak ikot topic..
Buat kawan:kamu memang kawan
terbaik..insyaalah suatu hari nanti aku pasti akan jumpa kawan-kawan yang
baru.. mungkin hampa pun boleh jadi sahabat aku..sahabat yang tak kira waktu
susah atau senang..dan apa yang penting,,mesti boleh share segalanya.
Dan tanggal 28/6/2014 akhirnya dengan
rasmi aku telah Berjaya melangkah keluar.Aku Berjaya buktikan pada orang ramai
yang aku mampu melakukan ape je selama 6 bulan aku berada disana. Aku bahagia
apabila dapat gembirakan hati mak ayah aku selepas aku gagal untuk mendapat
tentera darat.
Aku buat hanya untuk mereka. Alhamdulillah.
Bekerjalah aku selepas ini dengan dedikasi. Terima kasih buat jL aku yang
selalu bagi kata2 semangat masa aku PULAPOL. Ada tindakbalas m16 main dengan
senjata yang paling syok. Berlari julang senjata fast strike 3 ound padang kawad.
pergghh!! allah je yang tau. Tapi semuanya best. Semua terbaik. Dan yang
penting sekali Daripada larian 2.4km aku asyik dapat 21 minit n still takleh
outing,, berkat jL aku yang bagi support akhirnya larian aku dapat 14 minit. TQ
cik RASIT NGAHADI.
TQ jugak buat SM
RAHIMI yang selalu amek roll call pagi
kat padang kawad sambil bg nasihat sambil buat lawak dalam serius. Ini amat
menyeronokkan. S.I SALIM yang jugak ada tiap pagi temankan SM dan yang hebatnya
S.I Berjaya buat seorang diri dari atas pentas dengan bagi arahan untuk
membentuk formasi kami seramai 1473 pelatih semasa raptai tamat perbarisan .
Semuanya sekarang tinggal kenangan
yang terlalu manis.aku bangun dari kegagalan termasuk semua aspek kehidupan. Aku
belajar kenal siapa aku yang sebenar. Dan harini aku Berjaya buktikan yang sha
sebenarnya boleh! Dan memang benarnya juga masa lalu itu adalah pengajaran yang
paling bernilai dan sekarang masa depan aku sedang menunggu untuk dinilai.
Saturday, 30 August 2014
Cita-cita dan airmata
Cita-cita
dan airmata
Tidak dapat apa yang kita inginkan
itulah yang menjadi antara satu faktor kita bersedih tak kira perempuan atau
lelaki.Tapi,apabila mula fikir balik kenapa harus bersedih?Kenapa harus
membazirkan airmata yang sememangnya mahal untuk menangisi sesuatu yang bukan
lagi menjadi milik kita? (Terasa formal pulak kan,, okay,change to bahasa rojak
balik,,hehe)
Chill la.. hahaha ..Tengok makcik nie
cool je..hihihi.. common ler.. Aku pun pernah jugak rase sedih tu tapi aku
abaikan jer walaupun aku rasa baru dapat cerita sedih..sebab ap? Takde guna aku
nak ingat semua itu dan aku tahu semua tu takkan dapat patah balik.kita
menangis meraung-raung sedangkan depa kat sana happy go lucky! Plisss la..lap
mata tu..jadi aku lalui hari-hari aku tanpa bantuan dari seorang yang bernama
encik lelaki! Wahai encik lelaki semua,,hargai seorang cik wanita dihadapan
anda…jangan biarkan orang ketiga musnahkan hubungan korang.. aku bercerita
pasal pengalaman..huhuhu..manusia hanya paham perasaan manusia..bukan susah pun
kan..haaaa!! so,,jangan ler mainkan perasaan perempuan yang agak lembut dan
perempuan pun janganlah buat perkara yang sama..itu amat menyakitkan!!! Hamek
kau!!
Tapi kan,,kalau aku lah,,aku nak
habiskan masa-masa yang aku ada dengan single..itu baru syiok..hahaha.. bukan
sebab aku perlu bersocial telebih,,sebab aku tahu hidup hanya sekali dan masa
single nilah korang boleh buat ap2 pun..waktu nielah korang boleh cari duit
sendiri n bagi kat mak ayah even sikit pun..macam aku buat dulu habis spm,,aku
Cuma keje kilang je..gaji aku 800 sebulan and aku bagi kat mak aku 100,,aku
tahu sikit tapi itu dah cukup besar untuk mak ayah aku..janji aku dapat
kurangkan belanja rumah tambah2 time tengah bulan..tapi bile dah sambung
belajar,,aku tak bagi lah..aku pun nak jugak guna duit..seminggu 100 pulak mak
aku bagi..sebulan hamper 400..banyakkan??.. hahah..bagi aku banyak
giler..kekadang aku tak guna duit tu..kau ingat senang ke nak cari duit??
Memang tak lah..duit tu bukan nya turun dari langit yang senang kau mintak..aku
akan bawak duit tu ke bulan depan..tapi kekadang jela..aku bukan orang senang
wei walaupun ayah aku pencen askar..memang time belajar dulu aku jarang jugak
simpan duit tapi aku tahu berjimat(bukan kedekut yer)
Lepas tu,,aku stop dari study sebab
aku nak keje..tapi itu yang menyebabkan aku sedih..aku tak dapat apa yang aku
nak sedangkan aku rasa aku perlu bantu keluarga aku…ahh!! Apa aku heran..aku yang
gatai tangan nak behenti..apa la kan.. kepala dah ting tong! Hehehe.. aku tak
pernah give up dengan apa yang aku buat sebab aku yakin dengan rezeki.. aku
kena kuat semangatlah dan perlu berani nak behadapan dengan orang
sekeliling..aku dah tak kesah ap yang orang nak kata sebab aku dah balik..
Dalam masa yang sama,,nasib ler ad
cik ani ajak aku tolong die kat kedai
makan.. mula2 memang aku malu la.. tp,,lepas tu memang kurang sikitlah malu
tu.. cik ani tu baik sangat sampai aku naik segan dengan die..hahaha..memang
tak boleh lupalah semua tu.. cik ani tu tak kedekut ilmu pun nak ngajar aku
main masak-masak..sekarang aku dah terer la sikit nak masak nie walau kat
rumah.. macam biasalah,,kalau cukup bulan jer aku dapat ler duit..abg ngah bagi
kat aku dalam 400..jadi 100 aku akan bagi kat mak aku lagi.. puas
sangat-sangat! Itu upah mak aku dengar bebel aku kalau aku sakit pinggang..
cukup 3bulan aku berhenti.bukan
apa,,aku nak teruskan pula dengan cita-cita aku..Cuma sekarang aku perlu get
ready dengan semua tu..aku kena siapkan diri aku..banyak sebab aku berhenti
belajar..aku nak ubah nasib keluarga aku dulu,,dan kalau ad rezeki aku ler,,aku
pasti akan sambung semula study aku yang tergendala kalau boleh sampai degree
ko nakk!!! (semangat aku kan) insyaallah cita-cita aku untuk menjadi salah
sorang penjawat awam akan dimakbulkan Allah S.W.T .. so,,aku adalah aku,,aku
bangun dari kegagalan lama bukan setakat cintan cintun nie tapi dalam semua
aspek kehidupan..
Opss!! N last,, aku pecaya dengan
cinta..suatu hari nanti aku akan rasainya semula..aku akan tunggu ia nya datang
semula nanti..thanks for those who come to my life now and and make me laugh
again even we just be a friends. (ayat omputeh teraboq) hahaha..jadi,,korang
janganlah nak bersedih untuk sesuatu yang tak pasti kerana Allah dah sediakan
sesuatu yang terbaik lagi..percayalah..
Terima Kasih Allah
Terobek semula 8/12/2013
Ahad
Sunday, 29 September 2013
PUSASDA
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia
Sebenarnya tak larat lagi diri ini nak explain satu persatu
lagi.Seorang demi seorang datang bertanya, “hang ada kat pusat latihan ke?”..
Aku sampai tiada lagi nak jawapan.. kalau buatnya seratus orang Tanya,,takkan aku
perlu berikan jawapan yang sama..baik copy and paste je senang kan?
First of all.Ya! Aku dah pulang dari pusat latihan tu.
Tempat lahirnya pahlawan.Tempat yang mana aku rasa gementar untuk meneruskan
semua tu.Tapi,bila aku kat sana,hati mula berbunga riang dan berkobar-kobar.Yang
aku tahu,aku cuma nak penuhkan impian setiap orang yag menghantar aku malam itu.Jadi
aku nekad untuk meneruskan semua itu.Aku perlu menghabiskan semua dan pulang
dengan kejayaan.Itu yang aku azamkan..
Awal hari tu aku sampai di KL
Sentral,then aku ambil ticket untuk teruskan perjalanan menaiki komuter ke
seremban.Banyak perubahan dah kat semua tempat.Naik je komuter buat aku pening
kepala.Yela,Aku bukan boleh sangat.Kang muntah pulak kan,sabor jela..
25.8.2013..Aku sampai dalam
8.30am macam tulah kat seremban.Gerak dalam 10.30am.Kenalah tunggu semua dari
pelosok negeri.Aku gerak dengan bas.Duduk depan sekali pulak tu,dah
berkobar-kobar perasaan aku untuk jejakkan kaki disana.Nak menangis?Dah
tentulah,sebab aku kan bakal mengangkat sumpah sebagai salah seorang perajurit
wanita.PERAJURIT WANITA! Aku tak tahu nak describe macam mana perasaan aku tu
lagi.
Bila bas mulai melangkah masuk
pintu utama kem PUSASDA, aku nampak board yang tertulis “Tempat Lahirnya Seorang
Pahlawan” dan mungkin aku salah seorang dari pahlawan itu.Aku mula bergerak
dari dataran menuju ke dewan tempat berkumpulnya semua bakal perajurit muda.
Mereka itulah batch aku,mereka juga bakal menjadi keluarga aku untuk enam
bulan.Segala onak dan duri bakal aku lalui bersama mereka. Jadi ,aku kena
kuat.Kuat untuk menempuh segala halangan.Bukan semua orang akan dapat merasai
peluang ini.Hanya yang benar-benar terpilih dan layak sahaja. Aku kuat! Aku
sendiri dah pilih ia sebagai satu pekerjaan aku.Dan tempat aku untuk lari
segala masalah.Aku sendiri yang ambil keputusan ini.Jadi teruskan..
Perajurit wanita telah
diberikan 1 blok iaitu blok Juliet.Hanya 1 blok saje yang menempatkan perajurit
wanita.Hari first memang dilayan baik.Alhamdulillah.Tapi,lagi best bila dapat
jumpa kawan-kawan semasa pemilihan akhir jun lalu.Malam tu,kami dikumpulkan di
dewan.Aku ingat lagi apa kolonel tu cakap,
“kamu ada nampak tak board yang tertulis TEMPAT LAHIRNYA SEORANG
PAHLAWAN tu kat depan masa kamu masuk ke sini?” semua cakap nampak. “Kat sini
kamu bukannya pahlawan yang akan pergi berperang,tpi,kamu sendiri yang bakal
menjadi seorang pahlawan untuk ibu bapa kamu,kesian mak bapak kamu sanggup
datang dan habiskan duit semata-mata nak hantar kamu,ingat tu”..Air mata aku
dah bergenang dan aku akan buktikan,walau aku lemah,aku mampu buat semua itu.
Malam tu,aku akan hantar
borang2 aku ke sarjan.Tapi,hati aku masih tak tenang lagi.aku tak tahu sebab
apa.yang perempuan lain semua dah berguling tido atas dataran macam kapal
titanic karam tu.26.8.2013 pukul 1am,giliran aku hantar borang,borang aku
direject.Dorang cakap macam mana aku ada yang tak kredit nie.Aku pun tak tahu
nak cakap macam mana lagi.Aku mula kol mak pagi2 buta,yang kemungkinan besar aku akan
balik.Pagi tu jugak aku kena tukar pakaian,masa aku dalam bilik,aku menangis
semahunya!! Aku gagal untuk penuhkan impian mak ayah,pakcik aku dan keluarga
aku yang lain,aku kol mak lagi, “mak,kakak kena balik jugak nie,kakak minta
maaf”..mak kata tak pelah..aku kena pakai baju kurung and mengadap kolonel tu.
Sedih tahap gaban apa pun aku tak
tahu.sakit hati pun ada jugak,tapi,aku kena terima hakikat,bukan rezeki aku di
situ.aku tak mampu untuk jadi pahlawan mak dan ayah.sedangkan 3 hari lagi aku
akan akan sumpah.Ya Allah! Kolonel tu suruh aku repeat paper.Tapi,bagi aku nak
buat apa? Aku dah sia-siakan pelajaran aku di politeknik dalam mechatronic
engineering.Tak faham ea? Kejuruteraan wei! Aku tak perlu nak tangisi
semua,sebab aku sendiri yang ambil keputusan itu.Terima adalah lebih baik.
Aku pulang dengan 2bijik trak
ramai sangat yang balik.Aku pula dapat waran perjalanan balik ke kedah semula
dengan seorang adik tua setahun dari aku.Shira nama dia dengan sorang akak nie
nama dia kak zu.Kami balik naik komuter bertiga,dengan comotnya muka.Macam
minah indon je bila tengok.malu tuuuuu……Sampai KL Sentral,aku dengan Shira pergi
beli ticket train.Kak zu jaga beg.Alhamdulillah.Ada lagi kosong 6 sit.Pukul
9.30pm train akan sampai.
Lepas beli tu,aku,Shira n Kak
Zue terus jalan dalam KL Sentral.Perut
dah keroncong apa pun tak makan lagi so makan
kfc lah jawabnya n Singgah beli shawl
baru.Yela kan,tudung semua yang dalam beg mana ada iron.Nak balik kena lah
pakai cantik2.Lepas tu,kita orang terus turun mandi.baru segar sikit. Semua dah
cantik bila make up.lain dari tadi…
Naik train dengan Shira,shira
terus tido.mula-mula aku tak boleh tido,sebabterlalu memikirkan jawapan bila pulang ke kedah.Macam2 main dalam fikiran.Tak akan ada siapa yang memahami.Kepala berserabut.tapi,kena hadapi semua.Jadi selepas sebulan aku pulang nie,inilah jawapannya.Bukan suka2 aku pulang,yang atas semua itu adalah reasonnya.kalau benar aku tidak layak untuk berada di sana,kenapa mesti tidak tapis betul2.Jangan terlalu memberi harapan pada suatu yang tidak pasti.tak pe,semua itu dah berlalu.Dan aku masih lagi kuat.Aku menjadi penggangur terhormat sekarang.Jadi aku tak perlu lagi nak bagi jawapan pada setiap orang.1 je,aku nak mintak maaf sebab tak mampu untuk jadi macam orang harapkan pada aku. Now! Im back… back to kedah…
Terima Kasih Allah
Friday, 20 September 2013
Its will take a time
Seumur hidup aku mencari apa itu erti kebahagiaan tapi ia tetap berada ditempat yang salah..macam mana perlu aku lupakan ia sedangkan semua itu pernah berlaku pada diri ini? Namun,saat-saat yang akan datang,will change it forever......
Dan betul jugak setiap apa yang terjadi pasti ada hikmah disebaliknya.Tapi,kenapa semestinya aku untuk merasakan semua itu?kenapa mesti aku yang perlu melaluinya?dan kenapa mesti aku untuk merasa keperitan dan kesakitan itu seorang diri.Aku manusia yang mempunyai hati dan perasaan yang mana aku merasainya.Aku tidak meminta apa-apa.Cuma satu,sayangi diri ini seadanya.Hanya aku yang beria-ia untuk semuanya.
Tapi,aku akan menerima takdir hidup ini.Qada dan qadar yang telah dituliskan untukku.Aku terima semua ini dan aku redhai segalanya.Apa yang telah dicatat,hanya sampai itulah penghujungnya.Penghujung yang mana aku kena melalui keperitan itu.Semua hanya boleh cakap aku kuat.Itu cuma luaran,dalaman aku berlawanan dengan sifat luaran.Aku lemah.Aku tak perlu rasanya kot nak tunjukkan kelemahan itu.Takkan ada siapa yang dapat bantu aku melainkan aku sendiri.Aku sendiri kena melaluinya.Hidup ini terlalu panjang lagi,aku kena teruskn hari-hari yang mendatang dan terus melupakan semuanya.
Kamu kuat sayang.Semua orang tahu kamu kuat dan kamu boleh lupakannya.Kamu dah lakukan apa yang orang lain takkan pernah lakukan.Mungkin dengan pergi jauh dari sini,kamu akan melupakan segalanya.Kamu dah lakukan sesuatu yang mana mungkin akan lambat untuk kamu berpatah balik.Kamu sebenarnya dah buat satu keputusan yang betul untuk tinggalkan pengajian kamu sementara.
Aku lebih rela untuk tinggalkan tempat ini dan meneruskan kehidupan aku ditempat lain.Mungkin agak terkejut aku ambil keputusan untuk berhenti pengajian aku,tapi itu adalah jalan terbaik.Walaupun mechatronic adalah course terbaik,aku kena keluar.Dan aku mahu sarungkan satu uniform yang mana mungkin akan sama seperti dia atau seangkatan sepertinya.Bukan untuk membalas dendam,Tapi,untuk membuktikan bahawa aku juga boleh dan bukan selemah yang dia sangka.
Kalau aku terlalu marah sekalipun bukan cara aku untuk memporak-perandakan orang walaupun dia sendiri buat begini tanpa ada sebab alasan pada aku.Aku boleh hadapi kerana aku yakin,sebab apa yang terjadi pasti ada hikmah.Setiap persoalan yang terjadi,tentu pasti akan terungkai jawapannya satu-persatu,cuma "it will take a time".Mungkin pada saat itu aku terlalu bersedih,dan sering menyalahkan diri.Kenapa aku terlalu meratapi semuanya.Allah tak suka orang yang terlalu sedih melebihinnya.Aku kena bangun.Orang kata,perkara yang lama tidak perlu dikenang.terus menerus untuk memandang kehadapan.
Betul! Aku bukan lagi lemah seperti itu.Aku tetap kena bangun untuk teruskan perjuangan hidup.Kenapa mesti nak sedih-sedih lagi.cukuplah masa sedih itu.Aku punya rakan yang memahami diri aku.Dan merekalah semangat baru.Keluarga paling utama bagi aku kerana keriuhan rumahlah aku lupa sikit demi sikit.Mereka penyeri hidupku.Dan yang pasti,aku akan keluar dari sini,kerana itulah cita-cita aku dari dulu.Bahagia hidup sekarang kerana ditemani semua yang memahami.Allah turunkan hujan sementara kerana Dia nak hadiahkan kita satu pelangi yang sangat cantik selepas hujan.Subhanaallah.
SELAMAT TINGGAL MASA LALU DAN SELAMAT DATANG MASA DEPAN
Terima Kasih Allah
Dan betul jugak setiap apa yang terjadi pasti ada hikmah disebaliknya.Tapi,kenapa semestinya aku untuk merasakan semua itu?kenapa mesti aku yang perlu melaluinya?dan kenapa mesti aku untuk merasa keperitan dan kesakitan itu seorang diri.Aku manusia yang mempunyai hati dan perasaan yang mana aku merasainya.Aku tidak meminta apa-apa.Cuma satu,sayangi diri ini seadanya.Hanya aku yang beria-ia untuk semuanya.
Tapi,aku akan menerima takdir hidup ini.Qada dan qadar yang telah dituliskan untukku.Aku terima semua ini dan aku redhai segalanya.Apa yang telah dicatat,hanya sampai itulah penghujungnya.Penghujung yang mana aku kena melalui keperitan itu.Semua hanya boleh cakap aku kuat.Itu cuma luaran,dalaman aku berlawanan dengan sifat luaran.Aku lemah.Aku tak perlu rasanya kot nak tunjukkan kelemahan itu.Takkan ada siapa yang dapat bantu aku melainkan aku sendiri.Aku sendiri kena melaluinya.Hidup ini terlalu panjang lagi,aku kena teruskn hari-hari yang mendatang dan terus melupakan semuanya.
Kamu kuat sayang.Semua orang tahu kamu kuat dan kamu boleh lupakannya.Kamu dah lakukan apa yang orang lain takkan pernah lakukan.Mungkin dengan pergi jauh dari sini,kamu akan melupakan segalanya.Kamu dah lakukan sesuatu yang mana mungkin akan lambat untuk kamu berpatah balik.Kamu sebenarnya dah buat satu keputusan yang betul untuk tinggalkan pengajian kamu sementara.
Aku lebih rela untuk tinggalkan tempat ini dan meneruskan kehidupan aku ditempat lain.Mungkin agak terkejut aku ambil keputusan untuk berhenti pengajian aku,tapi itu adalah jalan terbaik.Walaupun mechatronic adalah course terbaik,aku kena keluar.Dan aku mahu sarungkan satu uniform yang mana mungkin akan sama seperti dia atau seangkatan sepertinya.Bukan untuk membalas dendam,Tapi,untuk membuktikan bahawa aku juga boleh dan bukan selemah yang dia sangka.
Kalau aku terlalu marah sekalipun bukan cara aku untuk memporak-perandakan orang walaupun dia sendiri buat begini tanpa ada sebab alasan pada aku.Aku boleh hadapi kerana aku yakin,sebab apa yang terjadi pasti ada hikmah.Setiap persoalan yang terjadi,tentu pasti akan terungkai jawapannya satu-persatu,cuma "it will take a time".Mungkin pada saat itu aku terlalu bersedih,dan sering menyalahkan diri.Kenapa aku terlalu meratapi semuanya.Allah tak suka orang yang terlalu sedih melebihinnya.Aku kena bangun.Orang kata,perkara yang lama tidak perlu dikenang.terus menerus untuk memandang kehadapan.
Betul! Aku bukan lagi lemah seperti itu.Aku tetap kena bangun untuk teruskan perjuangan hidup.Kenapa mesti nak sedih-sedih lagi.cukuplah masa sedih itu.Aku punya rakan yang memahami diri aku.Dan merekalah semangat baru.Keluarga paling utama bagi aku kerana keriuhan rumahlah aku lupa sikit demi sikit.Mereka penyeri hidupku.Dan yang pasti,aku akan keluar dari sini,kerana itulah cita-cita aku dari dulu.Bahagia hidup sekarang kerana ditemani semua yang memahami.Allah turunkan hujan sementara kerana Dia nak hadiahkan kita satu pelangi yang sangat cantik selepas hujan.Subhanaallah.
SELAMAT TINGGAL MASA LALU DAN SELAMAT DATANG MASA DEPAN
Terima Kasih Allah
Subscribe to:
Posts (Atom)







