nuffnang ads

Monday, 8 September 2014

Pulapol KUALA LUMPUR



Sebenarnya aku sendiri tak tau nak mengupdate apa.Cuma sekarang aku sedang menunggu masa dan menghitung hari-hari aku yang bakal aku tinggalkan.. aku akan meningalkan mereka buat kali kedua..dan kali ini aku pasti akan bawa pulang kejayaan yang mak ayah aku inginkan..aku taknak lagi buat mereka sedih..aku taknak gagal lagi,,biarlah aku Berjaya kali ini Ya Allah…biarlah aku keluar dari tempat ini,yang menyimpan segala kenangan selama 5tahun..aku Cuma nak keluar dah ubahkan segalanya

Buat keluarga:aku akan buktikan yang aku mampu untuk banggakan keluarga nie..aku akan bangkit dan terus melangkah pergi walaupun saat dulu kaki ini terlalu longlai untuk melangkah,,tapi mungkin dengan azam aku,,insyaallah semua itu akan mudah..Cuma yang aku pinta adalah satu “DOAKAN KEJAYAAN KAKAK”


Buat sahabat:terima kasih kerana selalu menyokong diri ini dan selalu beri kan ceramah yang sememangnya terlalu bernas..terima kasih sebab tetap ada dengan aku walau kita jauh,,terima kasih sebab jadi tempat aku untuk meluahkan perasaan,,layan karenah aku,,dengar aku bebel dan cakap tak ikot topic..

Buat kawan:kamu memang kawan terbaik..insyaalah suatu hari nanti aku pasti akan jumpa kawan-kawan yang baru.. mungkin hampa pun boleh jadi sahabat aku..sahabat yang tak kira waktu susah atau senang..dan apa yang penting,,mesti boleh share segalanya.


Dan tanggal 28/6/2014 akhirnya dengan rasmi aku telah Berjaya melangkah keluar.Aku Berjaya buktikan pada orang ramai yang aku mampu melakukan ape je selama 6 bulan aku berada disana. Aku bahagia apabila dapat gembirakan hati mak ayah aku selepas aku gagal untuk mendapat tentera darat.


Aku buat hanya untuk mereka. Alhamdulillah. Bekerjalah aku selepas ini dengan dedikasi. Terima kasih buat jL aku yang selalu bagi kata2 semangat masa aku PULAPOL. Ada tindakbalas m16 main dengan senjata yang paling syok. Berlari julang senjata fast strike 3 ound padang kawad. pergghh!! allah je yang tau. Tapi semuanya best. Semua terbaik. Dan yang penting sekali Daripada larian 2.4km aku asyik dapat 21 minit n still takleh outing,, berkat jL aku yang bagi support akhirnya larian aku dapat 14 minit. TQ cik RASIT NGAHADI. 
TQ jugak buat SM RAHIMI  yang selalu amek roll call pagi kat padang kawad sambil bg nasihat sambil buat lawak dalam serius. Ini amat menyeronokkan. S.I SALIM yang jugak ada tiap pagi temankan SM dan yang hebatnya S.I Berjaya buat seorang diri dari atas pentas dengan bagi arahan untuk membentuk formasi kami seramai 1473 pelatih semasa raptai tamat perbarisan .


Semuanya sekarang tinggal kenangan yang terlalu manis.aku bangun dari kegagalan termasuk semua aspek kehidupan. Aku belajar kenal siapa aku yang sebenar. Dan harini aku Berjaya buktikan yang sha sebenarnya boleh! Dan memang benarnya juga masa lalu itu adalah pengajaran yang paling bernilai dan sekarang masa depan aku sedang menunggu untuk dinilai.




Terima Kasih Allah

http://lavendersepi.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment