nuffnang ads

Sunday, 29 September 2013

PUSASDA


Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia
 
Sebenarnya tak larat lagi diri ini nak explain satu persatu lagi.Seorang demi seorang datang bertanya, “hang ada kat pusat latihan ke?”.. Aku sampai tiada lagi nak jawapan.. kalau buatnya seratus orang Tanya,,takkan aku perlu berikan jawapan yang sama..baik copy and paste je senang kan?


 

First of all.Ya! Aku dah pulang dari pusat latihan tu. Tempat lahirnya pahlawan.Tempat yang mana aku rasa gementar untuk meneruskan semua tu.Tapi,bila aku kat sana,hati mula berbunga riang dan berkobar-kobar.Yang aku tahu,aku cuma nak penuhkan impian setiap orang yag menghantar aku malam itu.Jadi aku nekad untuk meneruskan semua itu.Aku perlu menghabiskan semua dan pulang dengan kejayaan.Itu yang aku azamkan..

 
 


Awal hari tu aku sampai di KL Sentral,then aku ambil ticket untuk teruskan perjalanan menaiki komuter ke seremban.Banyak perubahan dah kat semua tempat.Naik je komuter buat aku pening kepala.Yela,Aku bukan boleh sangat.Kang muntah pulak kan,sabor jela..

25.8.2013..Aku sampai dalam 8.30am macam tulah kat seremban.Gerak dalam 10.30am.Kenalah tunggu semua dari pelosok negeri.Aku gerak dengan bas.Duduk depan sekali pulak tu,dah berkobar-kobar perasaan aku untuk jejakkan kaki disana.Nak menangis?Dah tentulah,sebab aku kan bakal mengangkat sumpah sebagai salah seorang perajurit wanita.PERAJURIT WANITA! Aku tak tahu nak describe macam mana perasaan aku tu lagi.
Bila bas mulai melangkah masuk pintu utama kem PUSASDA, aku nampak board yang tertulis “Tempat Lahirnya Seorang Pahlawan” dan mungkin aku salah seorang dari pahlawan itu.Aku mula bergerak dari dataran menuju ke dewan tempat berkumpulnya semua bakal perajurit muda. Mereka itulah batch aku,mereka juga bakal menjadi keluarga aku untuk enam bulan.Segala onak dan duri bakal aku lalui bersama mereka. Jadi ,aku kena kuat.Kuat untuk menempuh segala halangan.Bukan semua orang akan dapat merasai peluang ini.Hanya yang benar-benar terpilih dan layak sahaja. Aku kuat! Aku sendiri dah pilih ia sebagai satu pekerjaan aku.Dan tempat aku untuk lari segala masalah.Aku sendiri yang ambil keputusan ini.Jadi teruskan..

 
 


Perajurit wanita telah diberikan 1 blok iaitu blok Juliet.Hanya 1 blok saje yang menempatkan perajurit wanita.Hari first memang dilayan baik.Alhamdulillah.Tapi,lagi best bila dapat jumpa kawan-kawan semasa pemilihan akhir jun lalu.Malam tu,kami dikumpulkan di dewan.Aku ingat lagi apa kolonel tu cakap,  “kamu ada nampak tak board yang tertulis TEMPAT LAHIRNYA SEORANG PAHLAWAN tu kat depan masa kamu masuk ke sini?” semua cakap nampak. “Kat sini kamu bukannya pahlawan yang akan pergi berperang,tpi,kamu sendiri yang bakal menjadi seorang pahlawan untuk ibu bapa kamu,kesian mak bapak kamu sanggup datang dan habiskan duit semata-mata nak hantar kamu,ingat tu”..Air mata aku dah bergenang dan aku akan buktikan,walau aku lemah,aku mampu buat semua itu.

Malam tu,aku akan hantar borang2 aku ke sarjan.Tapi,hati aku masih tak tenang lagi.aku tak tahu sebab apa.yang perempuan lain semua dah berguling tido atas dataran macam kapal titanic karam tu.26.8.2013 pukul 1am,giliran aku hantar borang,borang aku direject.Dorang cakap macam mana aku ada yang tak kredit nie.Aku pun tak tahu nak cakap macam mana lagi.Aku mula kol mak pagi2 buta,yang kemungkinan besar aku akan balik.Pagi tu jugak aku kena tukar pakaian,masa aku dalam bilik,aku menangis semahunya!! Aku gagal untuk penuhkan impian mak ayah,pakcik aku dan keluarga aku yang lain,aku kol mak lagi, “mak,kakak kena balik jugak nie,kakak minta maaf”..mak kata tak pelah..aku kena pakai baju kurung and mengadap kolonel tu.

 
 
Bye PUSASDA

Sedih tahap gaban apa pun aku tak tahu.sakit hati pun ada jugak,tapi,aku kena terima hakikat,bukan rezeki aku di situ.aku tak mampu untuk jadi pahlawan mak dan ayah.sedangkan 3 hari lagi aku akan akan sumpah.Ya Allah! Kolonel tu suruh aku repeat paper.Tapi,bagi aku nak buat apa? Aku dah sia-siakan pelajaran aku di politeknik dalam mechatronic engineering.Tak faham ea? Kejuruteraan wei! Aku tak perlu nak tangisi semua,sebab aku sendiri yang ambil keputusan itu.Terima adalah lebih baik.
Aku pulang dengan 2bijik trak ramai sangat yang balik.Aku pula dapat waran perjalanan balik ke kedah semula dengan seorang adik tua setahun dari aku.Shira nama dia dengan sorang akak nie nama dia kak zu.Kami balik naik komuter bertiga,dengan comotnya muka.Macam minah indon je bila tengok.malu tuuuuu……Sampai KL Sentral,aku dengan Shira pergi beli ticket train.Kak zu jaga beg.Alhamdulillah.Ada lagi kosong 6 sit.Pukul 9.30pm train akan sampai.
Lepas beli tu,aku,Shira n Kak Zue terus  jalan dalam KL Sentral.Perut dah keroncong apa pun tak makan lagi  so makan kfc lah jawabnya  n Singgah beli shawl baru.Yela kan,tudung semua yang dalam beg mana ada iron.Nak balik kena lah pakai cantik2.Lepas tu,kita orang terus turun mandi.baru segar sikit. Semua dah cantik bila make up.lain dari tadi…
 
Naik train dengan Shira,shira terus tido.mula-mula aku tak boleh tido,sebab
 terlalu memikirkan jawapan bila pulang ke kedah.Macam2 main dalam fikiran.Tak akan ada siapa yang memahami.Kepala berserabut.tapi,kena hadapi semua.Jadi selepas sebulan aku pulang nie,inilah jawapannya.Bukan suka2 aku pulang,yang atas semua itu adalah reasonnya.kalau benar aku tidak layak untuk berada di sana,kenapa mesti tidak tapis betul2.Jangan terlalu memberi harapan pada suatu yang tidak pasti.tak pe,semua itu dah berlalu.Dan aku masih lagi kuat.Aku menjadi penggangur terhormat sekarang.Jadi aku tak perlu lagi nak bagi jawapan pada setiap orang.1 je,aku nak mintak maaf sebab tak mampu untuk jadi macam orang harapkan pada aku. Now! Im back… back to kedah


Terima Kasih Allah

5 comments:

  1. mungkin ada hikmahnye,..
    bersabarlah,..

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah abg bob.. malu sangat2 nak berdepan dengan orang lagi sebenarnya.. tapi,,mungkin memang dah tertulis bukan rezeki disitu...

      Delete
  2. Nk tanye.. Sblum g rekrut tu ade pmilihan akhir kn? Ape test yg dorg buat mse tu eah and dorg memang strict sgat2 ke mse test fizikal tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. having,,situp,,2.4km,,exam,,checking bdy..memang strict

      Delete
  3. hairan jugak macam mana dorang periksa kertas exam yang tak credit tu...bukan ker masa pemilihan akhir tu dorang akan periksa betul-betul....sabar jer ler dik....

    ReplyDelete