Seumur hidup aku mencari apa itu erti kebahagiaan tapi ia tetap berada ditempat yang salah..macam mana perlu aku lupakan ia sedangkan semua itu pernah berlaku pada diri ini? Namun,saat-saat yang akan datang,will change it forever......
Dan betul jugak setiap apa yang terjadi pasti ada hikmah disebaliknya.Tapi,kenapa semestinya aku untuk merasakan semua itu?kenapa mesti aku yang perlu melaluinya?dan kenapa mesti aku untuk merasa keperitan dan kesakitan itu seorang diri.Aku manusia yang mempunyai hati dan perasaan yang mana aku merasainya.Aku tidak meminta apa-apa.Cuma satu,sayangi diri ini seadanya.Hanya aku yang beria-ia untuk semuanya.
Tapi,aku akan menerima takdir hidup ini.Qada dan qadar yang telah dituliskan untukku.Aku terima semua ini dan aku redhai segalanya.Apa yang telah dicatat,hanya sampai itulah penghujungnya.Penghujung yang mana aku kena melalui keperitan itu.Semua hanya boleh cakap aku kuat.Itu cuma luaran,dalaman aku berlawanan dengan sifat luaran.Aku lemah.Aku tak perlu rasanya kot nak tunjukkan kelemahan itu.Takkan ada siapa yang dapat bantu aku melainkan aku sendiri.Aku sendiri kena melaluinya.Hidup ini terlalu panjang lagi,aku kena teruskn hari-hari yang mendatang dan terus melupakan semuanya.
Kamu kuat sayang.Semua orang tahu kamu kuat dan kamu boleh lupakannya.Kamu dah lakukan apa yang orang lain takkan pernah lakukan.Mungkin dengan pergi jauh dari sini,kamu akan melupakan segalanya.Kamu dah lakukan sesuatu yang mana mungkin akan lambat untuk kamu berpatah balik.Kamu sebenarnya dah buat satu keputusan yang betul untuk tinggalkan pengajian kamu sementara.
Aku lebih rela untuk tinggalkan tempat ini dan meneruskan kehidupan aku ditempat lain.Mungkin agak terkejut aku ambil keputusan untuk berhenti pengajian aku,tapi itu adalah jalan terbaik.Walaupun mechatronic adalah course terbaik,aku kena keluar.Dan aku mahu sarungkan satu uniform yang mana mungkin akan sama seperti dia atau seangkatan sepertinya.Bukan untuk membalas dendam,Tapi,untuk membuktikan bahawa aku juga boleh dan bukan selemah yang dia sangka.
Kalau aku terlalu marah sekalipun bukan cara aku untuk memporak-perandakan orang walaupun dia sendiri buat begini tanpa ada sebab alasan pada aku.Aku boleh hadapi kerana aku yakin,sebab apa yang terjadi pasti ada hikmah.Setiap persoalan yang terjadi,tentu pasti akan terungkai jawapannya satu-persatu,cuma "it will take a time".Mungkin pada saat itu aku terlalu bersedih,dan sering menyalahkan diri.Kenapa aku terlalu meratapi semuanya.Allah tak suka orang yang terlalu sedih melebihinnya.Aku kena bangun.Orang kata,perkara yang lama tidak perlu dikenang.terus menerus untuk memandang kehadapan.
Betul! Aku bukan lagi lemah seperti itu.Aku tetap kena bangun untuk teruskan perjuangan hidup.Kenapa mesti nak sedih-sedih lagi.cukuplah masa sedih itu.Aku punya rakan yang memahami diri aku.Dan merekalah semangat baru.Keluarga paling utama bagi aku kerana keriuhan rumahlah aku lupa sikit demi sikit.Mereka penyeri hidupku.Dan yang pasti,aku akan keluar dari sini,kerana itulah cita-cita aku dari dulu.Bahagia hidup sekarang kerana ditemani semua yang memahami.Allah turunkan hujan sementara kerana Dia nak hadiahkan kita satu pelangi yang sangat cantik selepas hujan.Subhanaallah.
SELAMAT TINGGAL MASA LALU DAN SELAMAT DATANG MASA DEPAN
Terima Kasih Allah

No comments:
Post a Comment