nuffnang ads

Monday, 4 May 2015

RESIPI : Masak Lemak Cili api

Assalamualaikum. salam sejahtera untuk yang bukan islam





Rasanya, dah lama giler tak hupdate kat sini. disebabkan hari nie aku keje lewat petang, aku amek kesempatan nak hupdate lah sikit. busy dengan kerja sangat-sangat-sangat. harini aku nak bagi resipi yang mana bagi aku, terlalu simple. so! atas request seseorang yang nak makan, aku belajar masak makanan nie. belajar masak tak salah kan. untuk ikat perut jugak nanti.hihiihihi





simple n mudah jer! tak payah nak pening kepala nak masak apa. bahan semua nie wajib ada dirumah.. jeng.. jeng.. jeng..

"MASAK LEMAK CILI API"





BAHAN-BAHAN:



  1. CILI PADI ( DALAM SEGENGGAM )
  2. AYAM 1/2 ( SETENGAH EKOR )
  3. BAWANG MERAH
  4. BAWANG PUTIH
  5. ASAM KEPING ( 1 KEPING JER )
  6. SERAI
  7. GARAM
  8. HALIA ( AGAK-AGAK JER )
  9. MINYAK MASAK
  10. SERBUK KUNYIT


BAHAN BLEND:





  1. CILI PADI
  2. BAWANG MERAH
  3. BAWANG PUTIH
  4. HALIA


CARA MASAK YANG PALING SIMPLE.. NYUM-NYUM-NYUM



  1. MASUKKAN MINYAK
  2. MASUKKAN SERAI YANG DAH TITIK ( BIAR SAMPAI KELUAR BAU WANGI SERAI )
  3. PASTU, MASUKKAN BAHAN YANG DI BLENDER TADI.
  4. TOLONG MASUKKAN SEKALI ASAM KEPING YER. BIAR SAMPAI MENGELEGAK
  5. DAH MENGELEGAK TU, MASUK SERBUK KUNYIT SIKIT BAGI NAMPAK KUNING. BARU CANTIK.
  6. DAN MASUK AIR SUKU CAWAN JE. SEBAB NAK BAGI DIA LIKAT THEN BOLEHLAH LETAK GARAM. ( WAKTU NIE DAH RASA MACAM TAKYAH LETAK SANTAN PUN TAKPE. SEBAB DAH SEDAP )
  7. MASUKKAN AYAM. BAGI DIA MASAK SEPENUHNYA. 
  8. PASTU, BILA AYAM DAH MASAK, BARU LETAKKAN SANTAN DAN BIARKAN BEBERAPA MINIT.
  9. SIAP SEPENUHNYA!


Selamat mencuba! gambar takdan nak ambil. harap dapat  membantu.



Terima Kasih Allah







Saturday, 18 October 2014

Feeling syok

 
Memalam cengini tetiba feeling kesyahduan pulak.. hujan!! sejuknya.. tetiba teringat masa aku kat Cameron baru-baru nie.. cewaaahhh!!! penat keja hilang jek macam tu.. release tension kat sana even xdak laut..yang bestnye, aku leh p lavender Cameron..aku suka!!! caaannnttteekkknnnnyyyyaaaaaa..tempat tu teruih masuk kat dalam hati aku. yela,, aku memang suka tempat hat nyaman mcm tu..



 
 
Hati,, nyamanlah hang kat sana kan.. bukan senang nak dapat p tambah2 dah terikat dengan keja.. muda-muda dah keja cari rezeki.. orang yang hat sebaya dengan aku masih lagi boleh dok gila-gila,, lepak dengan kawan bila malam n keluaq makan sekali. tapi aku? inilah hidup aku sekarang.. tak sama lagi macam dulu.. seriously aku habaq,, aku tak kesah pun semua tu, yang penting aku kena cari masa aku mcm sekarang nie..                         
 
 
 
 
 
 
Cantikkan? inilah LAVENDERSEPI aku.. LAVENDER yang tersangat cantik dimata..
"Allahumma..Ya Allah!! andai aku dapat ketenangan untuk melihat semua ini,, berilah ketenangan untuk aku dalam menghadapi segalanya dalam hidup seharian.. pemudahkanlah segala urusan aku semasa bekerja.. redhakanlah segala rezeki yang telah engkau beri padaku. aku percaya dengan rezekimu dan rezeki yang tersangat luas ini..Terima kasih kerana masih lagi memberi peluang untukku merasa manisnya hidup setelah engkau beri ujian padaku.."
 
 
Okey! jum tidoq jum.. esok keja.. masih perlukan tenaga untuk dikerah.. selamat malam krroohhh krrrrooohh dulu...zzZZzz
 
                                                                                                                    
Terima Kasih Allah
                                                                                    
 
 

Monday, 8 September 2014

Pulapol KUALA LUMPUR



Sebenarnya aku sendiri tak tau nak mengupdate apa.Cuma sekarang aku sedang menunggu masa dan menghitung hari-hari aku yang bakal aku tinggalkan.. aku akan meningalkan mereka buat kali kedua..dan kali ini aku pasti akan bawa pulang kejayaan yang mak ayah aku inginkan..aku taknak lagi buat mereka sedih..aku taknak gagal lagi,,biarlah aku Berjaya kali ini Ya Allah…biarlah aku keluar dari tempat ini,yang menyimpan segala kenangan selama 5tahun..aku Cuma nak keluar dah ubahkan segalanya

Buat keluarga:aku akan buktikan yang aku mampu untuk banggakan keluarga nie..aku akan bangkit dan terus melangkah pergi walaupun saat dulu kaki ini terlalu longlai untuk melangkah,,tapi mungkin dengan azam aku,,insyaallah semua itu akan mudah..Cuma yang aku pinta adalah satu “DOAKAN KEJAYAAN KAKAK”


Buat sahabat:terima kasih kerana selalu menyokong diri ini dan selalu beri kan ceramah yang sememangnya terlalu bernas..terima kasih sebab tetap ada dengan aku walau kita jauh,,terima kasih sebab jadi tempat aku untuk meluahkan perasaan,,layan karenah aku,,dengar aku bebel dan cakap tak ikot topic..

Buat kawan:kamu memang kawan terbaik..insyaalah suatu hari nanti aku pasti akan jumpa kawan-kawan yang baru.. mungkin hampa pun boleh jadi sahabat aku..sahabat yang tak kira waktu susah atau senang..dan apa yang penting,,mesti boleh share segalanya.


Dan tanggal 28/6/2014 akhirnya dengan rasmi aku telah Berjaya melangkah keluar.Aku Berjaya buktikan pada orang ramai yang aku mampu melakukan ape je selama 6 bulan aku berada disana. Aku bahagia apabila dapat gembirakan hati mak ayah aku selepas aku gagal untuk mendapat tentera darat.


Aku buat hanya untuk mereka. Alhamdulillah. Bekerjalah aku selepas ini dengan dedikasi. Terima kasih buat jL aku yang selalu bagi kata2 semangat masa aku PULAPOL. Ada tindakbalas m16 main dengan senjata yang paling syok. Berlari julang senjata fast strike 3 ound padang kawad. pergghh!! allah je yang tau. Tapi semuanya best. Semua terbaik. Dan yang penting sekali Daripada larian 2.4km aku asyik dapat 21 minit n still takleh outing,, berkat jL aku yang bagi support akhirnya larian aku dapat 14 minit. TQ cik RASIT NGAHADI. 
TQ jugak buat SM RAHIMI  yang selalu amek roll call pagi kat padang kawad sambil bg nasihat sambil buat lawak dalam serius. Ini amat menyeronokkan. S.I SALIM yang jugak ada tiap pagi temankan SM dan yang hebatnya S.I Berjaya buat seorang diri dari atas pentas dengan bagi arahan untuk membentuk formasi kami seramai 1473 pelatih semasa raptai tamat perbarisan .


Semuanya sekarang tinggal kenangan yang terlalu manis.aku bangun dari kegagalan termasuk semua aspek kehidupan. Aku belajar kenal siapa aku yang sebenar. Dan harini aku Berjaya buktikan yang sha sebenarnya boleh! Dan memang benarnya juga masa lalu itu adalah pengajaran yang paling bernilai dan sekarang masa depan aku sedang menunggu untuk dinilai.




Terima Kasih Allah

http://lavendersepi.blogspot.com/

Saturday, 30 August 2014

Cita-cita dan airmata


Cita-cita dan airmata

Tidak dapat apa yang kita inginkan itulah yang menjadi antara satu faktor kita bersedih tak kira perempuan atau lelaki.Tapi,apabila mula fikir balik kenapa harus bersedih?Kenapa harus membazirkan airmata yang sememangnya mahal untuk menangisi sesuatu yang bukan lagi menjadi milik kita? (Terasa formal pulak kan,, okay,change to bahasa rojak balik,,hehe)

Chill la.. hahaha ..Tengok makcik nie cool je..hihihi.. common ler.. Aku pun pernah jugak rase sedih tu tapi aku abaikan jer walaupun aku rasa baru dapat cerita sedih..sebab ap? Takde guna aku nak ingat semua itu dan aku tahu semua tu takkan dapat patah balik.kita menangis meraung-raung sedangkan depa kat sana happy go lucky! Plisss la..lap mata tu..jadi aku lalui hari-hari aku tanpa bantuan dari seorang yang bernama encik lelaki! Wahai encik lelaki semua,,hargai seorang cik wanita dihadapan anda…jangan biarkan orang ketiga musnahkan hubungan korang.. aku bercerita pasal pengalaman..huhuhu..manusia hanya paham perasaan manusia..bukan susah pun kan..haaaa!! so,,jangan ler mainkan perasaan perempuan yang agak lembut dan perempuan pun janganlah buat perkara yang sama..itu amat menyakitkan!!! Hamek kau!!

Tapi kan,,kalau aku lah,,aku nak habiskan masa-masa yang aku ada dengan single..itu baru syiok..hahaha.. bukan sebab aku perlu bersocial telebih,,sebab aku tahu hidup hanya sekali dan masa single nilah korang boleh buat ap2 pun..waktu nielah korang boleh cari duit sendiri n bagi kat mak ayah even sikit pun..macam aku buat dulu habis spm,,aku Cuma keje kilang je..gaji aku 800 sebulan and aku bagi kat mak aku 100,,aku tahu sikit tapi itu dah cukup besar untuk mak ayah aku..janji aku dapat kurangkan belanja rumah tambah2 time tengah bulan..tapi bile dah sambung belajar,,aku tak bagi lah..aku pun nak jugak guna duit..seminggu 100 pulak mak aku bagi..sebulan hamper 400..banyakkan??.. hahah..bagi aku banyak giler..kekadang aku tak guna duit tu..kau ingat senang ke nak cari duit?? Memang tak lah..duit tu bukan nya turun dari langit yang senang kau mintak..aku akan bawak duit tu ke bulan depan..tapi kekadang jela..aku bukan orang senang wei walaupun ayah aku pencen askar..memang time belajar dulu aku jarang jugak simpan duit tapi aku tahu berjimat(bukan kedekut yer)

Lepas tu,,aku stop dari study sebab aku nak keje..tapi itu yang menyebabkan aku sedih..aku tak dapat apa yang aku nak sedangkan aku rasa aku perlu bantu keluarga aku…ahh!! Apa aku heran..aku yang gatai tangan nak behenti..apa la kan.. kepala dah ting tong! Hehehe.. aku tak pernah give up dengan apa yang aku buat sebab aku yakin dengan rezeki.. aku kena kuat semangatlah dan perlu berani nak behadapan dengan orang sekeliling..aku dah tak kesah ap yang orang nak kata sebab aku dah balik..

Dalam masa yang sama,,nasib ler ad cik ani ajak aku  tolong die kat kedai makan.. mula2 memang aku malu la.. tp,,lepas tu memang kurang sikitlah malu tu.. cik ani tu baik sangat sampai aku naik segan dengan die..hahaha..memang tak boleh lupalah semua tu.. cik ani tu tak kedekut ilmu pun nak ngajar aku main masak-masak..sekarang aku dah terer la sikit nak masak nie walau kat rumah.. macam biasalah,,kalau cukup bulan jer aku dapat ler duit..abg ngah bagi kat aku dalam 400..jadi 100 aku akan bagi kat mak aku lagi.. puas sangat-sangat! Itu upah mak aku dengar bebel aku kalau aku sakit pinggang..

cukup 3bulan aku berhenti.bukan apa,,aku nak teruskan pula dengan cita-cita aku..Cuma sekarang aku perlu get ready dengan semua tu..aku kena siapkan diri aku..banyak sebab aku berhenti belajar..aku nak ubah nasib keluarga aku dulu,,dan kalau ad rezeki aku ler,,aku pasti akan sambung semula study aku yang tergendala kalau boleh sampai degree ko nakk!!! (semangat aku kan) insyaallah cita-cita aku untuk menjadi salah sorang penjawat awam akan dimakbulkan Allah S.W.T .. so,,aku adalah aku,,aku bangun dari kegagalan lama bukan setakat cintan cintun nie tapi dalam semua aspek kehidupan..

Opss!! N last,, aku pecaya dengan cinta..suatu hari nanti aku akan rasainya semula..aku akan tunggu ia nya datang semula nanti..thanks for those who come to my life now and and make me laugh again even we just be a friends. (ayat omputeh teraboq) hahaha..jadi,,korang janganlah nak bersedih untuk sesuatu yang tak pasti kerana Allah dah sediakan sesuatu yang terbaik lagi..percayalah..

Terima Kasih Allah

Terobek semula 8/12/2013

Ahad

Sunday, 29 September 2013

PUSASDA


Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia
 
Sebenarnya tak larat lagi diri ini nak explain satu persatu lagi.Seorang demi seorang datang bertanya, “hang ada kat pusat latihan ke?”.. Aku sampai tiada lagi nak jawapan.. kalau buatnya seratus orang Tanya,,takkan aku perlu berikan jawapan yang sama..baik copy and paste je senang kan?


 

First of all.Ya! Aku dah pulang dari pusat latihan tu. Tempat lahirnya pahlawan.Tempat yang mana aku rasa gementar untuk meneruskan semua tu.Tapi,bila aku kat sana,hati mula berbunga riang dan berkobar-kobar.Yang aku tahu,aku cuma nak penuhkan impian setiap orang yag menghantar aku malam itu.Jadi aku nekad untuk meneruskan semua itu.Aku perlu menghabiskan semua dan pulang dengan kejayaan.Itu yang aku azamkan..

 
 


Awal hari tu aku sampai di KL Sentral,then aku ambil ticket untuk teruskan perjalanan menaiki komuter ke seremban.Banyak perubahan dah kat semua tempat.Naik je komuter buat aku pening kepala.Yela,Aku bukan boleh sangat.Kang muntah pulak kan,sabor jela..

25.8.2013..Aku sampai dalam 8.30am macam tulah kat seremban.Gerak dalam 10.30am.Kenalah tunggu semua dari pelosok negeri.Aku gerak dengan bas.Duduk depan sekali pulak tu,dah berkobar-kobar perasaan aku untuk jejakkan kaki disana.Nak menangis?Dah tentulah,sebab aku kan bakal mengangkat sumpah sebagai salah seorang perajurit wanita.PERAJURIT WANITA! Aku tak tahu nak describe macam mana perasaan aku tu lagi.
Bila bas mulai melangkah masuk pintu utama kem PUSASDA, aku nampak board yang tertulis “Tempat Lahirnya Seorang Pahlawan” dan mungkin aku salah seorang dari pahlawan itu.Aku mula bergerak dari dataran menuju ke dewan tempat berkumpulnya semua bakal perajurit muda. Mereka itulah batch aku,mereka juga bakal menjadi keluarga aku untuk enam bulan.Segala onak dan duri bakal aku lalui bersama mereka. Jadi ,aku kena kuat.Kuat untuk menempuh segala halangan.Bukan semua orang akan dapat merasai peluang ini.Hanya yang benar-benar terpilih dan layak sahaja. Aku kuat! Aku sendiri dah pilih ia sebagai satu pekerjaan aku.Dan tempat aku untuk lari segala masalah.Aku sendiri yang ambil keputusan ini.Jadi teruskan..

 
 


Perajurit wanita telah diberikan 1 blok iaitu blok Juliet.Hanya 1 blok saje yang menempatkan perajurit wanita.Hari first memang dilayan baik.Alhamdulillah.Tapi,lagi best bila dapat jumpa kawan-kawan semasa pemilihan akhir jun lalu.Malam tu,kami dikumpulkan di dewan.Aku ingat lagi apa kolonel tu cakap,  “kamu ada nampak tak board yang tertulis TEMPAT LAHIRNYA SEORANG PAHLAWAN tu kat depan masa kamu masuk ke sini?” semua cakap nampak. “Kat sini kamu bukannya pahlawan yang akan pergi berperang,tpi,kamu sendiri yang bakal menjadi seorang pahlawan untuk ibu bapa kamu,kesian mak bapak kamu sanggup datang dan habiskan duit semata-mata nak hantar kamu,ingat tu”..Air mata aku dah bergenang dan aku akan buktikan,walau aku lemah,aku mampu buat semua itu.

Malam tu,aku akan hantar borang2 aku ke sarjan.Tapi,hati aku masih tak tenang lagi.aku tak tahu sebab apa.yang perempuan lain semua dah berguling tido atas dataran macam kapal titanic karam tu.26.8.2013 pukul 1am,giliran aku hantar borang,borang aku direject.Dorang cakap macam mana aku ada yang tak kredit nie.Aku pun tak tahu nak cakap macam mana lagi.Aku mula kol mak pagi2 buta,yang kemungkinan besar aku akan balik.Pagi tu jugak aku kena tukar pakaian,masa aku dalam bilik,aku menangis semahunya!! Aku gagal untuk penuhkan impian mak ayah,pakcik aku dan keluarga aku yang lain,aku kol mak lagi, “mak,kakak kena balik jugak nie,kakak minta maaf”..mak kata tak pelah..aku kena pakai baju kurung and mengadap kolonel tu.

 
 
Bye PUSASDA

Sedih tahap gaban apa pun aku tak tahu.sakit hati pun ada jugak,tapi,aku kena terima hakikat,bukan rezeki aku di situ.aku tak mampu untuk jadi pahlawan mak dan ayah.sedangkan 3 hari lagi aku akan akan sumpah.Ya Allah! Kolonel tu suruh aku repeat paper.Tapi,bagi aku nak buat apa? Aku dah sia-siakan pelajaran aku di politeknik dalam mechatronic engineering.Tak faham ea? Kejuruteraan wei! Aku tak perlu nak tangisi semua,sebab aku sendiri yang ambil keputusan itu.Terima adalah lebih baik.
Aku pulang dengan 2bijik trak ramai sangat yang balik.Aku pula dapat waran perjalanan balik ke kedah semula dengan seorang adik tua setahun dari aku.Shira nama dia dengan sorang akak nie nama dia kak zu.Kami balik naik komuter bertiga,dengan comotnya muka.Macam minah indon je bila tengok.malu tuuuuu……Sampai KL Sentral,aku dengan Shira pergi beli ticket train.Kak zu jaga beg.Alhamdulillah.Ada lagi kosong 6 sit.Pukul 9.30pm train akan sampai.
Lepas beli tu,aku,Shira n Kak Zue terus  jalan dalam KL Sentral.Perut dah keroncong apa pun tak makan lagi  so makan kfc lah jawabnya  n Singgah beli shawl baru.Yela kan,tudung semua yang dalam beg mana ada iron.Nak balik kena lah pakai cantik2.Lepas tu,kita orang terus turun mandi.baru segar sikit. Semua dah cantik bila make up.lain dari tadi…
 
Naik train dengan Shira,shira terus tido.mula-mula aku tak boleh tido,sebab
 terlalu memikirkan jawapan bila pulang ke kedah.Macam2 main dalam fikiran.Tak akan ada siapa yang memahami.Kepala berserabut.tapi,kena hadapi semua.Jadi selepas sebulan aku pulang nie,inilah jawapannya.Bukan suka2 aku pulang,yang atas semua itu adalah reasonnya.kalau benar aku tidak layak untuk berada di sana,kenapa mesti tidak tapis betul2.Jangan terlalu memberi harapan pada suatu yang tidak pasti.tak pe,semua itu dah berlalu.Dan aku masih lagi kuat.Aku menjadi penggangur terhormat sekarang.Jadi aku tak perlu lagi nak bagi jawapan pada setiap orang.1 je,aku nak mintak maaf sebab tak mampu untuk jadi macam orang harapkan pada aku. Now! Im back… back to kedah


Terima Kasih Allah

Friday, 20 September 2013

Its will take a time

Seumur hidup aku mencari apa itu erti kebahagiaan tapi ia tetap berada ditempat yang salah..macam mana perlu aku lupakan ia sedangkan semua itu pernah berlaku pada diri ini? Namun,saat-saat yang akan datang,will change it forever......


Dan betul jugak setiap apa yang terjadi pasti ada hikmah disebaliknya.Tapi,kenapa semestinya aku untuk merasakan semua itu?kenapa mesti aku yang perlu melaluinya?dan kenapa mesti aku untuk merasa keperitan dan kesakitan itu seorang diri.Aku manusia yang mempunyai hati dan perasaan yang mana aku merasainya.Aku tidak meminta apa-apa.Cuma satu,sayangi diri ini seadanya.Hanya aku yang beria-ia untuk semuanya.


Tapi,aku akan menerima takdir hidup ini.Qada dan qadar yang telah dituliskan untukku.Aku terima semua ini dan aku redhai segalanya.Apa yang telah dicatat,hanya sampai itulah penghujungnya.Penghujung yang mana aku kena melalui keperitan itu.Semua hanya boleh cakap aku kuat.Itu cuma luaran,dalaman aku berlawanan dengan sifat luaran.Aku lemah.Aku tak perlu rasanya kot nak tunjukkan kelemahan itu.Takkan ada siapa yang dapat bantu aku melainkan aku sendiri.Aku sendiri kena melaluinya.Hidup ini terlalu panjang lagi,aku kena teruskn hari-hari yang mendatang dan terus melupakan semuanya.


Kamu kuat sayang.Semua orang tahu kamu kuat dan kamu boleh lupakannya.Kamu dah lakukan apa yang orang lain takkan pernah lakukan.Mungkin dengan pergi jauh dari sini,kamu akan melupakan segalanya.Kamu dah lakukan sesuatu yang mana mungkin akan lambat untuk kamu berpatah balik.Kamu sebenarnya dah buat satu keputusan yang betul untuk tinggalkan pengajian kamu sementara.


Aku lebih rela untuk tinggalkan tempat ini dan meneruskan kehidupan aku ditempat lain.Mungkin agak terkejut aku ambil keputusan untuk berhenti pengajian aku,tapi itu adalah jalan terbaik.Walaupun mechatronic adalah course terbaik,aku kena keluar.Dan aku mahu sarungkan satu uniform yang mana mungkin akan sama seperti dia atau seangkatan sepertinya.Bukan untuk membalas dendam,Tapi,untuk membuktikan bahawa aku juga boleh dan bukan selemah yang dia sangka.




Kalau aku terlalu marah sekalipun bukan cara aku untuk memporak-perandakan orang walaupun dia sendiri buat begini tanpa ada sebab alasan pada aku.Aku boleh hadapi kerana aku yakin,sebab apa yang terjadi pasti ada hikmah.Setiap persoalan yang terjadi,tentu pasti akan terungkai jawapannya satu-persatu,cuma "it will take a time".Mungkin pada saat itu aku terlalu bersedih,dan sering menyalahkan diri.Kenapa aku terlalu meratapi semuanya.Allah tak suka orang yang terlalu sedih melebihinnya.Aku kena bangun.Orang kata,perkara yang lama tidak perlu dikenang.terus menerus untuk memandang kehadapan.


Betul! Aku bukan lagi lemah seperti itu.Aku tetap kena bangun untuk teruskan perjuangan hidup.Kenapa mesti nak sedih-sedih lagi.cukuplah masa sedih itu.Aku punya rakan yang memahami diri aku.Dan merekalah semangat baru.Keluarga paling utama bagi aku kerana keriuhan rumahlah aku lupa sikit demi sikit.Mereka penyeri hidupku.Dan yang pasti,aku akan keluar dari sini,kerana itulah cita-cita aku dari dulu.Bahagia hidup sekarang kerana ditemani semua yang memahami.Allah turunkan hujan sementara kerana Dia nak hadiahkan kita satu pelangi yang sangat cantik selepas hujan.Subhanaallah.


SELAMAT TINGGAL MASA LALU DAN SELAMAT DATANG MASA DEPAN

Terima Kasih Allah

Monday, 2 September 2013

Mereka Adalah Hidup Aku




oke,,firstly.. thanks all sebab sudi kenal dengan sha yang gelabah nie.. menemankan hari-hari sha dari sekolah tadika,,sekolah rendah sehinggalah ke sekolah menengah dan sampalah sekarang sehingga 19 tahun friendship yang tidak pernah terputus hubungan..
 
biha n piqa!!! terima kasih sahabat terbaikku!!!! ♥ bila lagi agaknya kita dapat berkumpul bertiga macam dulu waktu kat kem?? aku sentiase sayangkan korang walaupun kita sekarang jauh tapi tetap dekat dihati..

bila mula pindah ke Kedah,,baru rase 1 perasaan kehilangan.. kehilangan sahabat lama..patah tumbuh hilang beganti..dapat jugak sahabat dan kawan-kawan yang baik hati walau pada mulanya tak berapa nak baik..
 
terima kasih kelas 3 Bestari,,4 Sains dan 5 Sains...
 
kenal dengan kamu juga merupakan anugerah terindah dalam hidup..

bila sekolah dah habis,,mula kerja kilang kat Celestica.. dapat jugak akak-akak yang baik hati.. dari situ baru tahu erti hidup yang sebenar dalam mencari duit..
 
thanks kak sue,,kak as,,amy,,kak jiha,,kak sal,,kak lili,,botak a.k.a cik azly(our supervisor),,kak arah,,dan kak idah..

Dan mulalah kembali episode untuk kembali study di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah dalam mechatronic engineering..terima kasih kawan-kawan semua..syerot,,donat,,anis,mimi,,ebay,,imah,,laili,,afiqah,,fatra,,din,wan,kimi,,ugen,,varkesh,,sathis,,rajan,,aizat,,syafiq,,adib,,umarul,,pavit..ahh!! 1 lagi,,laili thanks jadi roommate sha selama 1 sem..
 
laili tahu tak,, video yang sha create dgn zati tentang sahabat tu kan menang kat poli,,sebenarnye video tu kami khaskan untuk laili.kteorang cuma nak laili tahu sebenarnya kami untuk laili.. thanks guys..will miss u..ini hadiah untuk semua.. wlaupun tak keluar modal,,but,,it has a highest value to all..hope u guys wil enjoy.