Sebenarnya aku sendiri tak tau nak
mengupdate apa.Cuma sekarang aku sedang menunggu masa dan menghitung hari-hari
aku yang bakal aku tinggalkan.. aku akan meningalkan mereka buat kali
kedua..dan kali ini aku pasti akan bawa pulang kejayaan yang mak ayah aku
inginkan..aku taknak lagi buat mereka sedih..aku taknak gagal lagi,,biarlah aku
Berjaya kali ini Ya Allah…biarlah aku keluar dari tempat ini,yang menyimpan
segala kenangan selama 5tahun..aku Cuma nak keluar dah ubahkan segalanya
Buat keluarga:aku akan buktikan yang
aku mampu untuk banggakan keluarga nie..aku akan bangkit dan terus melangkah
pergi walaupun saat dulu kaki ini terlalu longlai untuk melangkah,,tapi mungkin
dengan azam aku,,insyaallah semua itu akan mudah..Cuma yang aku pinta adalah
satu “DOAKAN KEJAYAAN KAKAK”
Buat sahabat:terima kasih kerana
selalu menyokong diri ini dan selalu beri kan ceramah yang sememangnya terlalu
bernas..terima kasih sebab tetap ada dengan aku walau kita jauh,,terima kasih
sebab jadi tempat aku untuk meluahkan perasaan,,layan karenah aku,,dengar aku
bebel dan cakap tak ikot topic..
Buat kawan:kamu memang kawan
terbaik..insyaalah suatu hari nanti aku pasti akan jumpa kawan-kawan yang
baru.. mungkin hampa pun boleh jadi sahabat aku..sahabat yang tak kira waktu
susah atau senang..dan apa yang penting,,mesti boleh share segalanya.
Dan tanggal 28/6/2014 akhirnya dengan
rasmi aku telah Berjaya melangkah keluar.Aku Berjaya buktikan pada orang ramai
yang aku mampu melakukan ape je selama 6 bulan aku berada disana. Aku bahagia
apabila dapat gembirakan hati mak ayah aku selepas aku gagal untuk mendapat
tentera darat.
Aku buat hanya untuk mereka. Alhamdulillah.
Bekerjalah aku selepas ini dengan dedikasi. Terima kasih buat jL aku yang
selalu bagi kata2 semangat masa aku PULAPOL. Ada tindakbalas m16 main dengan
senjata yang paling syok. Berlari julang senjata fast strike 3 ound padang kawad.
pergghh!! allah je yang tau. Tapi semuanya best. Semua terbaik. Dan yang
penting sekali Daripada larian 2.4km aku asyik dapat 21 minit n still takleh
outing,, berkat jL aku yang bagi support akhirnya larian aku dapat 14 minit. TQ
cik RASIT NGAHADI.
TQ jugak buat SM
RAHIMI yang selalu amek roll call pagi
kat padang kawad sambil bg nasihat sambil buat lawak dalam serius. Ini amat
menyeronokkan. S.I SALIM yang jugak ada tiap pagi temankan SM dan yang hebatnya
S.I Berjaya buat seorang diri dari atas pentas dengan bagi arahan untuk
membentuk formasi kami seramai 1473 pelatih semasa raptai tamat perbarisan .
Semuanya sekarang tinggal kenangan
yang terlalu manis.aku bangun dari kegagalan termasuk semua aspek kehidupan. Aku
belajar kenal siapa aku yang sebenar. Dan harini aku Berjaya buktikan yang sha
sebenarnya boleh! Dan memang benarnya juga masa lalu itu adalah pengajaran yang
paling bernilai dan sekarang masa depan aku sedang menunggu untuk dinilai.






